Pages

About Me

My Photo
Nama pemilik blog: Nurdiyana. kalau nak pendek, tulis DYN

Thursday, November 28, 2013

Apa yang sibuknya cik kak oi?

Assalamualaikum.

Memandangkan final exam dah habis, otak pun banyak relaks so nak update blog. Ni ha nak cerita pasal final semester baru-baru ni. Memang betul apa yang orang kata. Final sem ni memang busy. Dengan test, quiz lagi, assignment, memang masa tak cukup. Berkejar sana sini. Memang penat. Walau apapun, semua tu dah lepas.

Konvo pula tahun depan. Moga-moga semuanya berjalan lancar.

Masa awal bulan 9 haritu, kolej ada buat jamuan aidilfitri. Bertarikh 6/9/2013.(Jumaat). Jumaat tu memang betul-betul hari terakhir Syawal. 

Kitorang ni sebagai pelajar last sem diarahkan masak hidangan untuk jamuan tu nanti di bawah bimbingan chef masing-masing. Dapat sijil tau. Kitorang juga ada gerai masing-masing. Nama-nama kitorang chef yang bahagikan. Untuk my group kena masak lontong, rendang daging, kuah kacang dan rebus nasi impit. 

Masa perjumpaan dengan chef, dia bincang nak buat tema apa, barang hiasan apa nak letak untuk gerai kitorang nanti. Masa jumpa chef ni hari rabu.


    rendang daging


Keesokannya, kitorang kena masak rendang dengan kuah kacang dulu. Memang masa tu penat sangat. Dari pagi sampai la nak dekat maghrib. Bawang putih kena buang kulitnya dulu, potong-potong segala benda yang nak dimasak la pendek kata. Dah macam nak buat kenduri kawin.


 lontong tengah masak.


Pagi jumaat pula, kitorang kena ada kat kolej pukul 8 pagi kalau tak silap. Masak lontong, potong nasi impit dengan lemang. Lepas tu, chef minta siapa yang takde kerja, pergi hias gerai. Jadinya separuh kat kitchen, separuh lagi kat gerai. 

Dah nak dekat-dekat solat jumaat, barulah kaum laki-laki pergi masjid. Kaum perempuan pula chef suruh siapkan kerja dulu pastu boleh balik kejap tukar baju kurung dan lelaki pula baju melayu.

Gerai kitorang dapat dua khemah. Memang pening nak hias apa untuk khemah lagi satu ni. Hias je dengan barang apa yang ada.

Inilah hasilnya gerai kitorang setelah dekorasi....


nama gerai "Kampung Village"



 hiasan gerai kitorang


rendang daging, lontong dan kuah kacang


nasi mpit dan lemang.(lemang tu beli kat luar.)

 

hiasan semata-mata


 hiasan dan makanan


hiasan juga.


dapat hadiah gerai terbaik dan sebelah tu pula nametag.


Masa jamuan tu anak yatim dan family staff kolej dijemput untuk memeriahkan jamuan raya. Gerai yang paling laku sekali of course la kambing golek. Beratur manusia sepanjang-panjangnya.
 
Setelah habis jamuan, kitorang kena bersihkan, sapu sampah, kemas-kemas semua barang. Pastu balik. Bila dah balik hostel, baru terasa dia punya sengal-sengal badan. Sijil punya pasal, sanggup ku redah. 

Alhamdulillah majlis ni berjalan lancar. Perut pun kenyang, hati pun senang.

1 comment:

  1. hari ni sempat blogwalking jap.. tp singgah sini menjejeh air liuorr hahahhaa aduhaiiii parah

    ReplyDelete