Pages

About Me

My Photo
Nama pemilik blog: Nurdiyana. kalau nak pendek, tulis DYN

Tuesday, January 1, 2013

Hari baru, tahun baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni kita dah masuk tahun baru. Masa untuk kembali ke sekolah. Yeay! Walaupun DYN dah habis sekolah, tetap teruja tau tak! Macam nak masuk sekolah semula. Hehe.

Kalau pergi shopping mall sekarang, ada macam - macam jualan kembali ke sekolah. Bila tengok baju sekolah, teringat kenangan masa kat sekolah dulu. Kantin (harus disebut dulu sebab tempat makan. haha!), kelas, makmal, dewan peperiksaan (oh, oh, oh sungguh menakutkan) dan banyak lagi la tempat yang ada kat sekolah.

Semuanya hanya tinggal kenangan. Setiap kali lalu sekolah, rindu datang tak henti - henti. Rindu kawan. Rindu cikgu. Susahnya nak menanggung rindu ni, kan?

Kepada adik - adik yang masih bersekolah, hargailah sekolah. Masa kita dah tak pakai uniform sekolah, baru kita tahu apa itu sekolah. Ni ada tips untuk adik - adik yang akan bersekolah tak lama lagi. Untuk pelajar kolej / universiti pun boleh.


Dari : faccebook




Selamat memulakan azam baru semua ^^

No comments:

Post a Comment